Close

HONOR Magic6 akan dijana Snapdragon 8 Gen 3 dengan Magic Capsule seperti Dynamic Island

Sebelum ini, Xiaomi telahpun mengesahkan yang siri Xiaomi 14 akan menjadi peranti terawal menggunakan cip Snapdragon 8 Gen 3.


Terbaru, HONOR turut mengumumkan yang siri Magic6 akan dijana dengan cip Snapdragon 8 Gen 3. Siri Magic6 akan turut dikuasakan dengan kemampuan kecerdasan buatan AI generatif melalui pembantu maya baharu yang dikenali sebagai YOYO,


Kecerdasan buatan ini menyokong AI LLM terbina dengan mempunyai 7 billion parameter. Sekaligus, membolehkan pembantu maya digunakan secara terus pada peranti tanpa menggunakan sambungan rangkaian. Pembantu maya ini juga berkebolehan untuk melakukan suntingan video pendek.


Selain itu, siri Magic6 akan turut hadir dengan fungsi Magic Capsule yang mirip seperti Dynamic Island. Magic Capsule merupakan sistem penjejakan mata yang dijana dengan kecerdasan buatan. Buat masa ini, HONOR tidak mendedahkan sebarang tarikh mengenai ketibaan siri Magic6.


ARTIKEL BERKAITAN