Close

Snapdragon X Elite akan digunakan pada komputer riba HONOR – Tersedia pada pertengahan 2024

Qualcomm telahpun mengumumkan cip pemprosesan baharu yang memfokuskan kepada komputer iaitu cip Snapdragon X Elite. Cip ini dikatakan lebih berkuasa berbanding cip andalan dari pengeluar lain seperti Apple, Intel dan AMD.

 

Terkini, HONOR bakal menjadi pengeluar terawal yang akan menggunakan Snapdragon X Elite pada komputer riba mereka. Komputer riba dengan cip ini dijangka akan dilancarkan pada pertengahan 2024.

 

 

Komputer riba ini turut akan dilengkapi dengan keupayaan kecerdasana buatan (AI) melalui NPU Qualcomm Hexagon yang menawarkan keupayaan 45 TOP untuk tugasan AI generatif. Selain itu, ia juga akan turut dijana dengan teknologi Snapdragon Seemles melalui fungsi Magic Ring. Teknologi Snapdragon Seemless membolehkan pelbagai peranti pintar dengan cip Snapdragon dapat disambungkan dengan lebih mudah dan lancar.

 

Snapdragon X Elite direka berasaskan kepada teknologi ARM dan dibina dengan teknologi binaan 4nm. Tampil dengan 12 teras CPU Oryon dengan kelajuan 3.8GHz untuk penggunaan biasa dan mampu mencapai kelajuan sehingga 4.2GHz untuk penggunaan lebih berat. 

 

Qualcomm menyatakan prestasi satu teras pada Snapdragon X Elite adalah lebih tinggi berbanding Intel Core i9-1390HX dan Apple M2 MaxSelain itu, pretasi multi-thread pada Snapdragon X Elite juga dikatakan 50% lebih pantas berbanding M2.

 

ARTIKEL BERKAITAN