Close

iQOO 12 dengan Snapdragon 8 Gen 3 akan dilancarkan pada 7 November ini

iQOO secara rasmi telah berkongsi tarikh pelancaran untuk peranti andalan mereka yang seterusnya iaitu iQOO 12. Peranti ini dijadualkan akan dilancarkan pada 7 November 2023 di China.

Seiring dengan perkongsian tersebut, iQOO turut mengesahkan yang peranti tersebut akan dijana dengan cip terbaru dari Qualcomm iaitu Snapdragon 8 Gen 3.


iQOO 12 dengan Snapdragon 8 Gen 3 dijangka akan membawakan pengalaman permainan yang lebih baik dengan menyokong 144 fps pada permainan seperti PUBG Mobile, Genshin Impact dan LoL Mobile. 

Selain itu, iQOO 12 turut dijangka akan ditawarkan dalam edisi khas BMW M Motorsport seperti mana yang pada model sebelumnya. Namun, edisi kali ini dikatakan berbeza dan diinspirasikan dari legenda BMW M Motorsport.

Buat masa ini, tiada sebarang maklumat mengenai peranti yang dikongsi oleh iQOO. Dengan hari pelancaran yang semakin hampir, kami menjangkakan lebih banyak maklumat akan dikongsi dari masa ke semasa.

ARTIKEL BERKAITAN