Close

WhatsApp perkenal fungsi “View Once” pada mesej audio


Pada ketika ini, WhatsApp sedia menawarkan fungsi View Once pada imej, video dan teks. Yang mana fungsi ini hanya membolehkan pengguna untuk melihat kandungan imej, video dan teks sekali sahaja.


Terkini, fungsi View Once kini dilihat turut tersedia kepada penghantaran mesej melalui audio. Fungsi ini telahpun dilancarkan dan tersedia secara berperingkat kepada semua pengguna.



Sekiranya fungsi ini telah tersedia pada peranti anda, terdapat ikon “1” pada bahagian kanan semasa merakam audio baru dan tekan ikon tersebut untuk mengaktfikannya. Selepas diaktifkan, mesej audio yang dihantar hanya boleh didengar sekali sahaja sebelum mesej audio tersebut hilang.


Untuk mula menggunakan fungs ini, pastikan aplikasi anda telah dikemas kini kepada yang terkini.


(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN