Close

Apple menaikkan harga langganan untuk Apple One dan Apple Arcade

Apple mengemas kini harga langganan untuk Apple One dan Apple Arcade di Malaysia. Melalui kemas kini ini, terdapat kenaikkan harga langganan pada kedua-dua pelan dan tersedia kepada pelanggan sedia ada dan pelanggan baru.

Harga langganan baru untuk Apple One :

  • Apple One Individual – RM34.90
  • Apple One Family – RM44.90 
  • Apple One Premier – RM84.90 

Sebelum ini, harga langganan untuk Apple One adalah RM29.90 untuk Individual, RM39.90 untuk Family dan RM78.90 untuk Premier. Secara purata, kenaikkan harga langganan adalah sekitar RM5.

Seiring dengan kenaikkan harga langganan Apple One, harga langganan untuk Apple Acarde turut meningkat sebanyak RM10. Menjadikan harga langganan baru adalah RM29.90 berbanding RM19.90 sebelum ini.

ARTIKEL BERKAITAN