Close

Semua pengaktifan Secure2u perlu melalui ATM Maybank bermula 31 Oktober ini

Maybank memaklumkan yang semua pengaktifan Secure2u pada pertama kali atau pada peranti baharu perlu dilakukan melalui ATM Maybank bermula 31 Oktober ini.

Menurut Maybank, perlaksanaan pengesahan tambahan ini adalah untuk meningkatkan lagi langkah keselamatan dalam masa yang sama selari dengan piawaian keselamatan terbaru yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM).

Secara asasnya, langkah untuk pengaktifan Secure2u adalah sama seperti sebelumnya. Namun, kini terdapat pengesahan tambahan selepas melalukan pendaftaran melalui aplikasi MAE. Pengguna perlu pergi ke ATM Maybank kemudian masukkan kad ATM dan masukkan PIN. Pada menu utama pergi ke bahagian “Secure2U Activation” dan ikut arahan pada skrin hingga selesai.

Selepas selesai mengaktifkan Secure2u melalui ATM Maybank, pengguna perlu menunggu sekitar 12 jam sebelum boleh menggunakan secure2u untuk pengesahan transaksi.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN