Close

Siri Xiaomi 14 dilancarkan – Snapdragon 8 Gen 3, HyperOS dan kamera Leica Summilux


Xiaomi secara rasmi melancarkan peranti andalan mereka yang seterusnya iaitu siri Xiaomi 14. Merupakan peranti pertama dijana dengan cip Snapdragon 8 Gen 3 bersama dengan sistem operasi baharu HyperOS.



Untuk model paling premium iaitu Xiaomi 14 Pro, hadir dengan skrin LTPO AMOLED bersaiz 6.73-inci dengan resolusi 2K. Turut menyokong paparan adaptif 120Hz, Dolby Vision dan kecerahan puncak sehingga 3000 nits.


Dikuasakan dengan cip Snapdragon 8 Gen 3 yang dipadankan dengan RAM LPDDR5X sehingga 16GB dan storan dalaman sehingga 1TB UFS 4.0. Dimuatkan dengan bateri 4880mAh yang turut menyokong pengecasan pantas 120W berwayar dan 50W tanpa wayar.



Untuk fotografi, ia dilengkapi dengan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 50MP sebesar 1/1.31-inci + 50MP sudut lebar + 50MP telefoto. Keupayaan kamera ini dijana dengan teknologi kamera Leica Summilux baharu dan berkemampuan untuk mengubah apertur f/1.42 hingga f/4. Manakala untuk swafoto, ia hadir dengan sensor 32MP.



Spesifikasi lain yang turut ditawarkan adalah seperti sokongan pembesar suara jenis stereo Dolby Atmos, pengimbas cap jari di bawah skrin, WiFi 7, Bluetooth 5.4, penarafan IP68, IR Blaster dan menjalankan sistem operasa baharu HyperOS.



Manakala untuk Xiaomi 14, ia hadir dengan skrin LTPO AMOLED bersaiz 6.36-inci dengan resolusi 1.5K. Turut menyokong paparan adaptif 120Hz, Dolby Vision dan kecerahan puncak sehingga 3000 nits.



Turut dikuasakan dengan cip Snapdragon 8 Gen 3 yang dipadankan dengan RAM LPDDR5X sehingga 16GB dan storan dalaman sehingga 512GB UFS 4.0. Dimuatkan dengan bateri 4610mAh yang turut menyokong pengecasan pantas 90W berwayar dan 50W tanpa wayar.



Untuk fotografi, ia dilengkapi dengan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 50MP sebesar 1/1.31-inci + 50MP sudut lebar + 50MP telefoto. Keupayaan kamera ini dijana dengan teknologi kamera Leica Summilux baharu. Manakala untuk swafoto, ia hadir dengan sensor 32MP.



Spesifikasi lain yang turut ditawarkan adalah seperti sokongan pembesar suara jenis stereo Dolby Atmos, pengimbas cap jari di bawah skrin, WiFi 7, Bluetooth 5.4, penarafan IP68, IR Blaster dan menjalankan sistem operasa baharu HyperOS.


Di China, Xiaomi 14 dijual pada harga bermula sekitar CNY3999 (RM2615) untuk 8GB + 256GB dan Xiaomi 14 Pro dijual pada harga bermula sekitar CNY4999 (RM3269) untuk 12GB + 256GB.


ARTIKEL BERKAITAN