Close

Xiaomi perkenalkan sistem operasi baharu HyperOS – Turut tersedia untuk pengguna global

Seiring dengan pelancaran siri Xiaomi 14. Xiaomi turut memperkenalkan sistem operasi baharu iaitu HyperOS. Sistem operasi baharu menjanjikan peningkatan prestasi yang lebih baik, antara muka yang lebih menarik dan pengalaman penggunaan yang lebih lancar.


HyperOs tidak hanya akan digunakan pada telefon pintar sahaja, ia juga akan digunakan pada pelbagai peranti pintar lain seperti tablet, jam tangan pintar, peranti pintar rumah dan juga kereta elektrik Xiaomi.  Selain itu, HyperOS juga akan dijadikan sebagai ekosistem yang akan memudahkan pengguna untuk mengawal dan mengurus peranti pintar yang lain. 


Menurut Xiaomi, HyperOS dibina berasaskan kepada Android Open Source Project (AOSP) yang digabungkan dengan sistem Vela melalui platform NuttX yang dibangunkan oleh Xiaomi. Sistem operasi ini juga dikatakan menggunakan fail sistem yang lebih kecil iaitu 8.75GB sekaligus menjadikan ia lebih ringan berbanding sistem operasi lain.


Menggunakan ciri sistem keselamatan baharu yang dibangunkan oleh Xiaomi iaitu sistem keselamatan TEE yang akan memproses semua kandungan sensitif secara beasingan. Turut menyokong keupayaan AI yang lebih baik dan sokongan sambungan yang lebih lancar melalui HyperConnect.

HyperOS dijangka akan mula tersedia kepada lebih peranti Xiaomi secara global bermula 2024. Selain siri Xiaomi 14, jam tangan pintar terbaru iaitu Xiaomi Watch S3 turut menjalankan sistem operasi HyperOS.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN