Close

Tipu ujian keselamatan – Daihatsu gantung operasi 4 kilang di Jepun

Anak syarikat milik penuh Toyota iaitu Daihatsu dilaporkan telah menggantung semua pengeluaran domestik berikutan manipulasi dalam ujian keselamatan yang dijalankan bagi permohonan kelulusan keselamatan.

Berikutan dari isu tersebut, Daihatsu telah menghentikan operasi di 4 kilang mereka yang merangkumi wilayah Shiga, Kyoto, Oita dan terbaru Osaka. Penutupan operasi di 4 kilang ini dijangka akan berlarutan sehingga akhir Januari 2024.

Penggantungan operasi tersebut menyaksikan Daihatsu terpaksa membayar pampasan kepada semua syarikat yang menerima bekalan secara langsung daripada mereka.

Daihatsu menyatakan sebanyak 174 kes salah laku baharu berkaitan dengan ujian keselamatan telah direkodkan yang melibatkan 64 model secara keseluruhan.

April lalu, Daihatsu mengaku telah memanipulasi dalam ujian keselamatan yang melibatkan kenderaan yang telah dijual di Malaysia, Thailand, Indonesia, Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu, Kuwait dan Mexico.

Dalam ujian tersebut, Daihatsu telah mengubah suai lapisan pintu tempat duduk depan semasa ujian pelanggaran sisi untuk mengelakkan penemuan potensi risiko kecederaan. Yang mana, pengubahsuaian tersebut tidak dibuat pada kenderaan yang dikeluarkan.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN