Close

Siri Huawei Nova 12 diperkenalkan – Kamera 60MP, bateri 4600mAh dan pengecasan 100W

Huawei secara rasmi memperkenalkan 4 peranti baharu di bawah siri Nova 12. 4 peranti tersebut adalah Nova 12, Nova 12 Lite, Nova 12 Pro dan Nova 12 Ultra. Tampil dengan peningkatan yang lebih baik dari segi spesifikasi dan rekaan.

Untuk Nova 12 Pro dan Nova 12 Ultra, tampil dengan spesifikasi yang lebih kurang sama dibezakan dengan cip yang tidak didedahkan oleh Huawei. Hadir dengan skrin OLED LTPO bersaiz 6.76-inci dengan paparan 120Hz yang dilindungi dengan Kunlun glass. Menggunakan konfigurasi RAM 12GB yang dipadankan dengan storan dalaman sehingga 1TB.

Dari segi fotografi, ia dilengkapi dengan tetapan dwi-kamera belakang dengan sensor utama 50MP OIS dengan aperture boleh ubah F1.4 hingga F4.0 + 8MP ultra lebar. Manakala untuk swafoto, ia hadir dengan tetapan dwi-kamera 60MP ultra lebar + 8MP potret. Bateri 4600mAh dimuatkan dengan pengecasan 100W.

Nova 12 dilengkapi dengan skrin OLED bersaiz 6.7-inci dengan paparan 120Hz. Dikuasakan dengan cip yang berkemungkinan Kirin 830 yang dipadankan dengan RAM sehingga 12GB dan storan dalaman sehingga 512GB.

Menggunakan tetapan dwi-kamera belakang dengan sensor utama 50MP + 8MP dan kamera swafoto 60MP. Bateri 4600mAh dimuatkan yang menyokong pengecasan 100W.

Manakala untuk Nova 12 Lite, ia dilengkapi dengan skrin OLED 6.7-inci dengan paparan 120Hz. Dijana dengan cip Snapdragon 778G yang dipadankan dengan 8GB RAM dan storan dalaman sehingga 512GB.

Menggunakan tetapan kamera yang sama iaitu dwi-kamera belakang dengan sensor utama 50MP + 8MP dan kamera swafoto 60MP. Bateri 4500mAh dimuatkan yang menyokong pengecasan 66W.

Di China, Siri Huawei Nova 12 dijual pada harga bermula sekitar (CNY2499) RM1620 dan mencapai sehingga CNY4399 (RM2851).

ARTIKEL BERKAITAN