Close

Xiaomi 14 mungkin diperkenalkan secara global pada Februari 2024

Peranti andalan dari Xiaomi iaitu Xiaomi 14 yang telah dilancarkan pada Oktober lalu di China dijangka akan membuat kemunculan untuk pasaran global pada Februari 2024.

Menurut laporan, Xiaomi mungkin akan memperkenalkan Xiaomi 14 pada acara Mobile World Congress (MWC) yang akan diadakan di Barcelona, Sepanyol. Acara tersebut akan berlangsung pada 26 hingga 29 Februari.

Jika mengikut kepada kebiasaan, pengeluar akan memperkenalkan peranti mereka sehari lebih awal sebelum acara MWC. Berikutan itu, kita mungkin boleh menjangkakan yang Xiaomi 14 mungkin akan diperkenalkan pada 25 Februari.

Lebih menarik, Xiaomi 14 dijangka akan turut diumumkan untuk pasaran India pada hari yang sama berikutan peranti tersebut telahpun mendapatkan pensijilan Bureau of Indian Standards (BIS).

Di China, Xiaomi hadir dengan skrin LTPO AMOLED bersaiz 6.36-inci dengan resolusi 1.5K. Dijana cip Snapdragon 8 Gen 3 yang dipadankan dengan RAM LPDDR5X sehingga 16GB dan storan dalaman sehingga 512GB UFS 4.0. Bateri 4610mAh yang menyokong pengecasan pantas 90W berwayar dan 50W tanpa wayar.

Namun begitu, tidak dapat dipastikan mengenai spesifikasi yang akan digunakan oleh Xiaomi 14 untuk pasaran global sama atau sebaliknya.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN