Close

Huawei MatePad Pro 13.2″ akan diperkenalkan pada 9 Januari 2024 – Pra-tempahan bermula hari ini

Huawei telahpun menjadualkan acara pelancaran untuk tablet baharu mereka iaitu MatePad Pro 13.2″ yang akan berlangsung pada 9 Januari 2024.

Seiring dengan pelancarannya, Huawei telahpun membuka pra-tempahan lebih awal untuk MatePad Pro 13.2″ iaitu bermula hari ini sehingga 8 Januari 2024. Setiap pra-tempahan akan menerima pelbagai tawaran menarik dan hadiah percuma yang bernilai sehingga RM2246.

MatePad Pro 13.2″ merupakan tablet paling nipis dan ringan dalam pasaran ketika ini. Dilengkapi dengan skrin OLED bersaiz 13.2-inci dengan paparan 144Hz. Dijana dengan cip Kirin 9000S yang dipadankan dengan 12GB RAM LPDDR5X dan storan dalaman sehingga 512GB UFS 3.1. Tablet ini hanya setebal 5.5 mm dengan berat hanya 580 gram sahaja.

Dari segi fotografi, ia hadir dengan tetapan dwi-kamera belakang dengan sensor utama 13MP + 8MP ultra lebar. Untuk swafoto, ia hadir dengan sensor sebesar 16MP + 3D ToF yang digunakan untuk fungsi pengimbas wajah.

Bateri 10,100mAh dimuatkan yang turut menyokong pengecasan pantas 88W. Tablet ini turut didatangkan dengan aksesori stylus Huawei M-Pencil generasi ke-3 yang turut menyokong teknologi NearLink Starlight Wireless Connection untuk sambungan yang lebih baik.

Pada acara tersebut, Huawei turut akan memperkenalkan dua lagi peranti baharu yang iaitu MateBook D 16 2024 dan TWS FreeClip.

ARTIKEL BERKAITAN