Close

OnePlus Ace 3 diperkenalkan – Guna cip Snapdragon 8 Gen 2, kamera 50MP dan pengecasan 100W

OnePlus secara rasmi telah memperkenalkan peranti baharu iaitu OnePlus Ace 3 di China. Peranti ini akan turut dilancarkan secara global dengan penjenamaan semula sebagai OnePlus 12R.

OnePlus Ace 3 hadir dengan skrin LTPO AMOLED bersaiz 6.78-inci yang menyokong paparan adaptif 120Hz dan kecerahan puncak sehingga 4500 nits. Dikuasakan dengan cip Snapdragon 8 Gen 2 yang dipadankan dengan RAM LPDDR5X sehingga 16GB dan storan dalaman sehingga 1TB UFS 4.0.

Dilengkapi dengan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 50MP OIS IMX890 + 8MP ultra lebar + 2MP makro dan swafoto 16MP. Bateri 5500mAh dimuatkan yang menyokong pengecasan pantas 100W yang mampu mengecas 0% ke 100% hanya dalam 27 minit sahaja.

Spesifikasi lain yang turut hadir adalah seperti WiFi 7, Gorilla glass victus 2, NFC, pengimbas cap jari bawah skrin, IR Blaster dan menjalankan sistem operasi ColorOS 14 berasaskan Android 14.

Di China, OnePlus Ace 3 dijual pada harga bermula sekitar CNY2599 (RM1697) untuk 12GB + 256GB, CNY2999 (RM1958) 16GB +512GB dan CNY3499 (RM2284) untuk 16GB + 1TB. Ditawarkan dalam 3 pilihan warna iaitu Black, Blue dan Rose gold.

ARTIKEL BERKAITAN