Close

Siri POCO X6 dan M6 Pro akan tiba ke pasaran global pada 11 Januari ini

POCO secara rasmi berkongsi tarikh pelancaran peranti baharu mereka untuk pasaran global yang akan berlangsung pada 11 Januari 2024. Pada acara tersebut tiga peranti akan diperkenalkan iaitu POCO X6, POCO X6 Pro dan M6 Pro.

Perkongsian tersebut turut mendedahkan cip yang akan digunakan pada ketiga-tiga peranti. Untuk POCO X6 ia akan dijana dengan cip Snapdragon 7s Gen 2 dan POCO X6 Pro pula akan dijana dengan cip Dimensity 8300-Ultra. Manakala untuk POCO M6 Pro, ia akan dikuasakan dengan cip Helio G99 Ultra.

Tiada maklumat mengenai rekaan dan juga spesifikasi penuh yang dikongsi oleh POCO buat masa ini. Dengan hari pelancaran yang semakin hampir, kami menjangkakan lebih banyak maklumat akan dikongsi dari masa ke semasa.

ARTIKEL BERKAITAN