Close

Pembakar roti Xbox Series S mula dijual – Bakar roti siap logo Xbox

Pembakar roti Xbox Series S ini bukanlah cerita dongeng tetapi ia benar-benar berlaku dan boleh dibeli di dunia nyata. Pembakar roti dengan rekaan Xbox Series S telahpun dijual di Walmart dengan harga jualan sekitar $39.99 (RM186).

Pembakar roti ini hadir dengan rekaan seperti Xbox Series S dan mempunyai rekaan ikonik Xbox iaitu lubang udara hitam. Selain itu, pembakar roti ini turut hadir dengan pelbagai fungsi seperti pembakar roti biasa.

Antara fungsi yang tersedia adalah seperti Bagel function, Digitial countdown timer, 6 Shade setting, automatic temperature control, removable crumb tray dan lain-lain. Menjadikan pembakar roti ini istimewa, roti yang dibakar boleh diletakkan dengan logo Xbox.

Sebelum ini, Microsoft telah pun memperkenalkan peti sejuk mini Xbox Series X dengan idea yang sama seperti pembakar roti Xbox Series S ini. Kami menjangkakan akan lebih banyak produk yang bertemakan Xbox akan diperkenalkan oleh Microsoft pada masa akan datang.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN