Close

Prestasi cip Exynos 2400 hampir sama dengan cip Snapdragon 8 Gen 3

Samsung akan mula menggunakan cip mereka pada siri Galaxy S24 yang dijangka akan dilancarkan dalam masa terdekat. Cip yang dimaksudkan adalah Exynos 2400 yang berkemungkinan akan digunakan pada Galaxy S24 dan Galaxy S24+.

Terbaru, penanda aras Geekbench untuk cip Exynos 2400 telahpun tertiris dan telah dibandingkan dengan cip andalan dari Qualcomm iaitu Snapdragon 8 Gen 3. Menariknya, skor penanda aras untuk kedua-dua cip dilihat hampir setara.

Untuk Exynos 2400 ia mendapat skor 2193 untuk satu teras dan 6895 untuk skor multi teras. Manakala cip Snapdragon 8 Gen 3 pula mendapat skor 2297 untuk satu teras dan 7104 untuk skor multi teras. Skor penanda aras untuk cip ini hanya dibezakan dengan 5% sahaja bagi kedua-dua ujian. Perbezaan tersebut boleh dikatakan tidak begitu ketara.

Dengan kemampuan pretasi yang hampir setara dengan cip Snapdragon 8 Gen 3 ia memberikan gambaran yang cip Exynos kini semakin baik berbanding sebelumnya. Selain itu, perkara ini semestinya menjadi khabar gembira buat peminat Samsung di seluruh dunia.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN