Close

OPPO Pad Neo turut dilancarkan di Malaysia pada harga bermula RM1199

Seiring dengan pelancaran siri Reno 11, OPPO turut melancarkan tablet baharu untuk pasaran tempatan melalui model OPPO Pad Neo. Tampil dengan penawaran yang lebih baik dari segi spesifikasi dan juga rekaan yang lebih menarik.

OPPO Pad Neo dilengkapi dengan skrin LCD bersaiz 11.4-inci dengan resolusi 2.4K Ultra HD. Turut menyokong paparan 144Hz, 1.07 billion color dan kecerahan puncak 400 nits. Dijana dengan cip MediaTek Helio G99 yang dipadankan dengan 8GB RAM dan storan dalaman sehingga 128GB.

Untuk fotografi, ia hadir dengan kamera tunggal belakang dengan sensor 8MP dan kamera swafoto 8MP. Bateri 8000mAh dimuatkan yang turut menyokong pengecasan pantas 33W. Spesifikasi lain yang turut hadir seperti 4 pembesar suara Dolby Atmos, Bluetooth 5.3 dan Smart colour temperature.

Di Malaysia, OPPO Pad Neo ditawarkan dalam dua pilihan varian LTE dan WiFi. Untuk WiFi ia dijual pada harga RM1199 untuk 6GB + 128GB. Manaka untuk LTE, ia dijual harga RM1399 8GB + 128GB. Peranti ini boleh didapatkan di semua pengedar rasmi OPPO Malaysia bermula hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN