OPPO Malaysia secara rasmi melancarkan dua peranti baharu di bawah siri Reno iaitu Reno 11 dan Reno 11 Pro. Tampil dengan pelbagai peningkatan yang lebih baik dan fungsi yang menarik.

Reno 11 Pro merupakan model paling premium dalam siri Reno 11. Hadir dengan skrin AMOLED bersaiz 6.74-inci dengan resolusi 2772 x 1270. Turut menyokong paparan 120Hz dan kecerahan puncak sehingga 1600 nits. Dikuasakan dengan cip Dimensity 8200 yang dipadankan dengan 12GB RAM dan storan dalaman 512GB.

Menggunakan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 50MP Sony IMX890 + 32MP telefoto + 8MP ultra lebar. Manakala untuk swafoto, ia hadir dengan sensor sebesar 32MP.Keupayaan kamera ini turut dibantu dengan HyperTone Image Engine untuk hasil imej yang lebih baik. Bateri 5000mAh dimuatkan yang menyokong pengecasan SuperVOOC 80W.

Manakala untuk Reno 11, ia hadir dengan skrin AMOLED bersaiz 6.74-inci dengan resolusi 2772 x 1270. Turut menyokong paparan 120Hz dan kecerahan puncak sehingga 1600 nits. Dikuasakan dengan cip Dimensity 7050 yang dipadankan dengan 12GB RAM dan storan dalaman 256GB.

Menggunakan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 50MP Sony LYT600 + 32MP telefoto + 8MP ultra lebar. Manakala untuk swafoto, ia hadir dengan sensor sebesar 32MP. Bateri 5000mAh dimuatkan yang menyokong pengecasan SuperVOOC 67W.
Spesifikasi lain yang turut hadir adalah seperti IR Blaster, pembesar suara jenis stereo, pengimbas cap jari bawah skrin, NFC, 360° Antenna dan menjalankan ColorOS 14 berasaskan Android 14.


Di Malaysia, Reno 11 dijual pada harga RM1899 untuk 12GB + 256GB dan Reno 11 Pro pula dijual pada harga RM2499 untuk 12GB + 512GB. Ditawarkan dalam dua pilihan warna iaitu Pearl White dan Rock grey.