Close

Honda perkenal logo baharu untuk kenderaan elektrik – Akan digunakan pada siri Honda 0

Honda melalui acara CES 2024 telah memperkenalkan logo baharu untuk kenderaan elektrik mereka. Logo baharu ini akan digunakan pada kenderaan elektrik yang akan dilancarkan pada masa akan datang.

Logo baharu ini adalah mirip kepada logo yang pernah digunakan oleh Honda pada 1963 namun versi baharu ini tampak lebih futuristik. Siri Honda 0 dijangka akan menjadi model pertama yang menggunakan logo ini. Siri Honda 0 membawakan reka bentuk era baru yang berbeza dari apa yang pernah dihasilkan oleh Honda. Hadir dalam dua konsep iaitu The Saloon dan Space-Hub.

The Saloon merupakan sebuah sedan sementara Space-Hub pula adalah sebuah van. Kedua-dua hadir dengan rekaan berkotak dan futuristik. Menariknya, tempat duduk boleh diubah postur mengikut kepada situasi dan ia mempunyai ruang yang luas. Selain itu, siri Honda 0 akan menggunakan sistem stereng jenis steer-by-wire iaitu tanpa sebarang sambungan fizikal. Teknologi ini turut digunakan pada Cybertruck.

Siri Honda 0 dijangka akan diperkenal seawal 2026 dengan model pertama yang akan diperkenalkan adalah The Saloon.

ARTIKEL BERKAITAN