Close

Xiaomi SU7 hanya dijual untuk pasaran China sahaja

EV pertama dari Xiaomi iaitu SU7 tidak akan ditawarkan untuk pasaran global sebaliknya hanya tersedia untuk pasaran China sahaja.

CEO Xiaomi Lei Jun, menyatakan yang mereka tidak merancang untuk menawarkan EV pertama mereka di luar China sebaliknya hanya memfokuskan kepada satu pasaran sahaja. Namun begitu, pada masa akan datang rancangan tersebut mungkin akan berubah.

Selain itu, Xiaomi juga tidak merancang untuk mengembangkan EV kepada sub-jenama mereka iaitu Redmi. Ini kerana sub-jenama Xiaomi lebih memfokuskan kepada pasaran yang lebih mampu milik.

Xiaomi turut menyasarkan untuk menjadi 5 syarikat pengeluar kereta terbaik di dunia dalam tempoh 15 hingga 20 tahun akan datang. Buat masa ini, Xiaomi hanya menyasarkan untuk menjadi pemain utama kenderaan elektrik menjelang tahun 2024.

Xiaomi telahpun melancarkan EV pertama mereka iaitu Super Ultra 7 (SU7) pada Disember lalu. Merupakan sebuah sedan empat pintu dan ditawarkan dalam pilihan varian iaitu SU7 dan SU7 Max. Harga jualan untuk SU7 buat masa ini masih lagi menjadi rahsia.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN