Close

Huawei MateBook D 16 (2024) kini rasmi di Malaysia dengan harga bermula RM2899

Huawei mengemaskini penawaran komputer riba untuk pasaran tempatan dengan memperkenalkan komputer riba baharu iaitu MateBook D 16 (2024). Hadir dengan sejumlah spesifikasi menarik namun masih mengekalkan rekaan yang hampir sama seperti model sebelumnya.

MateBook D 16 ini hadir dengan skrin IPS LCD bersaiz 16-inci dengan resolusi 1900×1200. Turut menyokong kecerahan puncak pada 300 nits dengan sudut pandang sehingga 178 darjah. Dikuasakan dengan dua pilihan CPU iaitu Intel Core Gen 12 atau Intel Core i9 H-series Gen-13 yang dipadankan dengan 16GB RAM LPDRR4X dan storan dalaman 1TB NVMe PCIe SSD. Untuk prestasi grafik, ia hadir dengan GPU Intel Iris Xe.

Dimuatkan dengan bateri 70Wh yang turut menyokong pengecasan pantas 65W. MateBook D 16 ini turut dilengkapi dengan kecerdasan buatan dari Huawei yang merangkumi AI camera, AI sound effects dan Smart voice. Ia juga turut menyokong sambungan berbilang peranti melalui Super Device.

Spesifikasi lain yang turut dibawakan adalah seperti dua pembesar suara, dua mikrofon, kamera 720P HD dan bicu audio 3.5mm. Untuk sambungan ia menyokong USB-A 2.0, HDMI, DisplayPort 1.2 dan USB-A 3.2 Gen 1.

MateBook D 16 ditawarkan dalam 4 varian dengan harga bermula RM2,899 (i5-12450H), RM3,199 (i5-12450H), RM3,699 ( i5-13420H) dan RM5,299 (i9-13900H). Bagi yang berminat, MateBook D 16 boleh didapatkan di semua pengedar rasmi Huawei Malaysia. Hadiah menarik bernilai RM2144 turut ditawarkan untuk setiap pra-tempahan yang dibuat dari 9 hingga 2 Februari 2024.

ARTIKEL BERKAITAN