Close

Tencent berpotensi untuk beli aset permainan dari TikTok

Pemilik kepada ByteDance iaitu TikTok dilihat tidak lagi berminat untuk meneruskan pembangunan dalam industri permainan dan merancang untuk menjual aset permainan mereka.

Terbaru, TikTok dikatakan telahpun memulakan perbincangan dalam usaha untuk menjual aset tersebut. Terdapat beberapa syarikat berpotensi untuk membeli aset tersebut termasuklah syarikat gergasi permainan iaitu Tencent.

Namun begitu, perbincangan dan perjanjian antara ByteDance dan Tencent masih lagi belum menemui penghujungnya. Perbincangan tersebut dikatakan merangkumi pelbagai permainan video popular ByteDance seperti “Crystal of Atland” dan “Earth: Revival”.

November tahun lalu, ByteDance merancang untuk menjual aset permainan mereka yang disebabkan oleh penyelarasan semula operasi dan mahu menumpukan kepada perniagaan utama mereka.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN