Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil mengumumkan tiada lagi caj tambahan yang akan dikenakan untuk akses 5G. Bermaksud, rakyat kini boleh mula menikmati akses 5G tanpa sebarang bayaran tambahan.
Dulu masa 3G naik taraf ke 4G, tiada caj tambahan. Bila 4G naik taraf ke 5G, tak sepatutnya ada caj tambahan.
— Fahmi Fadzil 🇲🇾 (@fahmi_fadzil) January 9, 2024
Hari ini, saya umumkan, TIADA LAGI CAJ TAMBAHAN untuk perkhidmatan 5G.
Dengan pengumuman ini, saya ingin mengajak semua untuk naik taraf perkhidmatan telekomunikasi… pic.twitter.com/zaJBUZsbt5
Menurut beliau, caj tambahan untuk akses 5G sepatutnya tiada, seperti mana naik taraf 3G ke 4G yang diberikan secara percuma tanpa sebarang bayaran tambahan. Pada ketika ini, rakyat perlu membeli pas atau caj tambahan untuk menikmati akses 5G.
Dengan terdapatnya caj tambahan untuk akses 5G kebanyakkan pengguna memilih untuk kekal menggunakan perkhidmatan 4G. Seiringan dengan pengumuman tersebut, beliau mengajak semua pengguna untuk naik taraf ke perkhidmatan 5G.