Huawei Malaysia secara rasmi memperkenalkan tablet baharu untuk pasaran tempatan melalui model MatePad Pro 13.2″. Merupakan tablet paling nipis dan ringan dalam pasaran ketika ini. Selain itu, ia turut tampil dengan pelbagai peningkatan spesifikasi lebih baik dan fungsi menarik.
MatePad Pro 13.2″ dilengkapi dengan skrin OLED bersaiz 13.2-inci dengan paparan 144Hz. Dijana dengan cip Kirin 9000S yang dipadankan dengan 12GB RAM LPDDR5X dan storan dalaman sehingga 512GB UFS 3.1. Tablet ini hanya setebal 5.5 mm dengan berat hanya 580 gram sahaja.
Dari segi fotografi, ia hadir dengan tetapan dwi-kamera belakang dengan sensor utama 13MP + 8MP ultra lebar. Untuk swafoto, ia hadir dengan sensor sebesar 16MP + 3D ToF yang digunakan untuk fungsi pengimbas wajah.
Bateri 10,100mAh dimuatkan yang turut menyokong pengecasan pantas 88W. Tablet ini turut didatangkan dengan aksesori stylus Huawei M-Pencil generasi ke-3 yang turut menyokong teknologi NearLink Starlight Wireless Connection untuk sambungan yang lebih baik.
Di Malaysia, Huawei MatePad Pro 13.2″ dijual pada harga RM4599 untuk 12GB + 256GB dan RM4999 untuk 12GB + 512GB. Bagi yang berminat, peranti ini boleh dipra-tempah bermula 9 hingga 25 Januari. Setiap pra-tempahan akan menerima hadiah percuma bernilai RM3145 yang berupa FreeBuds Pro 2, Huawei Sound Joy, Magnetic Keyboard, Huawei M Pencil dan Huawei Mouse Bluetooth.