MSI secara rasmi memperkenalkan konsol mudah alih pertama mereka yang dipanggil sebagai MSI Claw. Tampil dengan rekaan yang hampir sama seperti ROG Ally atau Steam Deck.
MSI Claw hadir dengan skrin IPS sebesar 7-inci dengan resolusi FHD yang turut menyokong paparan 120Hz. Dijana dengan CPU Intel Core Ultra 7 155H yang digabungkan dengan GPU Inter Arc. Untuk konfigurasi memori ia dilengkapi dengan 16GB RAM LPDDR5-6400 dan storan dalaman 1TB SSD PCIe 4.0.
Untuk kawalan, MSI Claw ia hadir dengan sokongan D-pad, butang analog, butang ABXY, butang trigger dan butang tambahan yang diletakkan pada bahagian bawah konsol .Terdapat juga pembesar suara yang diletakkan pada bahagian dapat dan juga lampu RGB. Sistem penyejukkan MSI Cooler Boost Hyperflow turut dimuatkan untuk aliran haba yang lebih baik.
Dimuatkan dengan bateri 53Whr yang menyokong pengecasan pantas 65W. MSI mendakwa yang ketahanan bateri peranti ini adalah 50% lebih tahan berbanding konsol mudah alih lain di pasaran. Spesifikasi lain yang turut hadir adalah seperti sambungan 1x Type-C, bicu audio 3.5mm, slot mikroSD, WiFi 7 dan menjalankan sistem operasi Windows 11 Home.
Konsol mudah alih pertama dari MSI ini dijangka akan mula ditawarkan pada suku pertama 2024. MSI Claw bakal menjadi pencabar kepada beberapa konsol mudah alih lain seperti Lenovo Legion Go, ASUS ROG Ally dan Steam Deck.