Seiring dengan pelancaran siri Redmi Note 13, Xiaomi turut melancarkan jam tangan pintar baharu untuk pasaran tempatan melalui model Redmi Watch 4. Tampil dengan rekaan dan binaan yang lebih bersama dengan spesifikasi yang menarik.
Redmi Watch 4 hadir dengan rekaan segi empat dengan skrin AMOLED bersaiz 1.97-inci dengan paparan 60Hz. Turut menyokong kecerahan puncak 600 nits dan Always On Display. Merupakan Redmi Watch pertama yang menggunakan kerangka dari binaan Aluminium.
Berbeza dengan model sebelum ini, Redmi Watch 4 menggunakan sensor PPG 4 saluran yang dapat meningkatkan ketepatan bacaan sebanyak 10%. Turut menyokong pelbagai pemantauan dan penjejakan kesihatan seperti Blood Heart Rate Sensor, Stress Monitoring, Breath Training, Female Menstrual Cycle Reminder dan banyak lagi.
Menyokong lebih dari 150 mod senaman dengan latihan berasaskan kawalan suara bagi memastikan pengguna sentiasa kekal aktif. Dimuatkan dengan bateri 470mAh yang mampu bertahan sehingga 20 hari untuk penggunaan biasa dan 10 hari dengan mod Always On Display diaktifkan.
Di Malaysia, Redmi Watch 4 dijual pada harga RM459 dengan 3 pilihan warna iaitu Black, Obsidian dan Silver gray. Bagi yang berminat, peranti ini boleh didapatkan di semua pengedar rasmi Xiaomi Malaysia bermula dari 16 Januari 2024.