Close

Siri Redmi Note kembali – Lebih premium dan berkuasa

Xiaomi kembali lagi kali ini dengan peranti baharu iaitu siri Redmi Note 13. Hadir dengan pelbagai peningkatan dan berpotensi untuk menjadi Midrange King untuk tahun 2024.

Berikutan dari itu, kami ingin berkongsi 3 sebab kenapa Redmi Note 13 Pro+ 5G patut jadi pilihan.

Kamera

Perkara paling menarik pada Redmi Note 13 Pro+ 5G adalah pada kemampuan kamera. Tidak seperti pada model sebelumnya, pada kali ini Xiaomi membawakan Iconic imaging dengan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 200MP OIS + 8MP ultra lebar + 2MP makro. Untuk swafoto, ia hadir dengan sensor 16MP.

Kamera utama 200MP ini menyokong Optical Image Stabilizer (OIS) yang membolehkan imej yang dihasilkan menjadi lebih terperinci dan lebih baik untuk gambar jarak jauh. Terdapat juga fungsi 2x atau 4x in-sensor, lossless zoom yang membolehkan imej diambil dengan focal length yang berbeza namun masih mampu memberikan kualiti gambar yang konsisten dan perincian dapat dikekalkan.

Selain itu, kamera ini sesuai untuk anda yang suka ambil gambar secara point dan shoot. Lebih menarik, terdapat pelbagai fungsi kamera yang turut dimuatkan seperti Art frame filter, Film camera filter dan banyak lagi.

Prestasi

Redmi Note 13 Pro+ 5G dikuasakan dengan cip MediaTek Dimensity 7200 Ultra yang menggunakan teknologi binaan 4nm yang dipadan dengan RAM LPDDR5 sehingga 12GB dan storan dalaman sehingga 512GB UFS 3.2. Cip ini hadir dengan kemampuan AI yang lebih baik dan menawarkan jangka hayat bateri yang lebih lama dari model sebelumnya.

Cip ini turut menawarkan pengalaman penggunaan setanding dengan peranti andalan. Untuk pelbagai tugasan atau bermain permainan peranti ini dapat menjalankan tugasnya dengan sangat baik tanpa sebarang masalah.

Selain prestasi yang mengagumkan, Redmi Note 13 Pro+ 5G mempunyai ketahanan bateri yang cukup baik. Dimuatkan dengan bateri 5000mAh yang menyokong pengecasan HyperCharge 120W yang mampu mengecas dari 0% ke 100% hanya dalam 19 minit sahaja. Jadi, masalah bateri bukan perkara

Rekaan

Berbeza dengan rekaan sebelum ini, Redmi Note 13 Pro+ 5G hadir dengan rekaan yang lebih premium dan mewah. Warna ikonik untuk model ini adalah Aurora Purple yang tampil dengan gabungan beberapa warna yang unik. Gabungan warna ini menjadikan peranti lebih menyerlah dan lebih menarik.

Selain itu, Xiaomi turut hadir dengan sentuhan baharu pada panel belakang peranti ini dengan menggunakan dua tona warna dan kemasan yang berbeza. Ia menjadikan Redmi Note 13 Pro+ 5G lebih ikonik dan lebih unik.

Buat pertama kalinya, Xiaomi menggunakan skrin jenis melengkung pada siri Redmi Note. Menggunakan skrin AMOLED bersaiz 6.67-inci dengan resolusi 1.5K yang turut menyokong paparan 120Hz dan Dolby Vision. Skrin ini mampu menawarkan kandungan yang lebih jelas dan terang serta mempunyai sudut pandang yang baik. Xiaomi mendakwa yang skrin ini mampu memberikan pengalaman menonton setanding skrin peranti andalan. Selain itu, ia juga merupakan siri Redmi pertama yang menyokong penarafan IP68 dan Gorilla Glass Victus.

Pilihan lain yang menarik

Walaubagaimanapun, terdapat satu lagi pilihan yang lebih mampu milik iaitu Redmi Note 13 5G. Tampil dengan penawaran spesifikasi yang sedikit lebih rendah namun masih membawakan pelbagai elemen yang menarik.

Untuk fotografi, ia hadir dengan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 108MP + 8MP ultra lebar + 2MP makro. Keupayaan kamera ini menjanji kualiti imej yang dihasilkan kekal terperinci dalam pelbagai keadaan.

Dari segi prestasi, ia mampu memberikan pengalaman penggunaan yang baik dengan cip MediaTek 6080 yang dihasilkan dengan teknologi binaan 6nm. Dari segi konfigurasi memori, ia hadir dengan 8GB RAM LPDDR4X dan storan dalaman 256GB UFS 2.2 turut menyokong kad MikroSD sehingga 1TB.

Untuk rekaan, Redmi Note 13 5G menggunakan rekaan jenis berkotak yang dipadankan dengan kemasan jenis berkilat. Peranti ini juga agak ringan dengan berat hanya sekitar 174 gram. Menggunakan skrin jenis AMOLED bersaiz 6.67-inci dengan resolusi FHD+. Turut menawarkan ketahanan yang lebih baik melalui penarafan IP54 dan Gorilla Glass 5.

Bagi yang berminat, siri Redmi Note 13 boleh dipra-tempah bermula 20 Januari hingga 2 Februari 2024. Setiap pra-tempahan akan menerima hadiah percuma Redmi Buds 4 Active dan Xiaomi Smart Band Active atau Redmi Buds 4 Active.

ARTIKEL BERKAITAN