Close

Siri Redmi Note 13 tiba di Malaysia dengan harga bermula RM749

Xiaomi melalui sub-jenama mereka iaitu Redmi telah memperkenalkan barisan baharu di bawah siri Redmi Note 13 untuk pasaran tempatan. Hadir dalam 4 pilihan varian iaitu Redmi Note 13, Redmi Note 13 5G, Redmi Note 13 Pro 5G dan Redmi Note 13 Pro+ 5G.

Redmi Note 13 Pro+ 5G

Merupakan varian premium dalam barisan Redmi Note 13. Hadir dengan skrin AMOLED jenis melengkung bersaiz 6.67-inci dengan paparan 120Hz. Turut menyokong kecerahan puncak 1800 nits, Dolby vision, PWM Dimming 1920Hz dan dilindungi dengan Gorilla Glass Victus. Dijana dengan cip Dimensity 7200-Ultra yang dipadankan dengan RAM LDPPR5 sehingga 12GB dan storan dalaman sehingga 512GB UFS 3.1.

Untuk fotografi, ia dilengkapi dengan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 200MP + 8MP ultra lebar + 2MP makro. Manakala untuk swafoto, hadir dengan sensor 16MP. Bateri 5000mAh dimuatkan yang turut menyokong pengecasan HyperCharge 120W.

Spesifikasi lain yang turut hadir adalah seperti IR Blaster, pengimbas cap jari bawah skrin, penarafan IP68, NFC, pembesar suara Dobly atmos, WiFi 6 dan menjalankan sistem operasi MIUI 14 berasaskan Android 13. Redmi Note 13 Pro+ 5G dijual pada harga bermula RM1599 8GB + 25GB dan RM1999 12GB + 512GB.

Redmi Note 13 Pro 5G

Untuk Redmi Note 13 Pro 5G, ia hadir dengan skrin AMOLED bersaiz 6.67-inci dengan paparan 120Hz. Turut menyokong touch sampling rate pada 2160H, PWM Dimming pada 1920Hz dan dilindungi dengan Gorilla Glass 5. Dijana dengan cip Snapdragon 7s Gen 2 yang dipadankan dengan 8GB RAM LPDDR4X dan storan dalaman 25GGB UFS 2.2.

Dari segi fotografi, ia menggunakan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 200MP + 8MP ultra lebar + 2MP makro. Manakala untuk swafoto, hadir dengan sensor 16MP. Bateri 5100mAh dimuatkan yang turut menyokong pengecasan pantas 67W.

Spesifikasi lain yang turut dibawakan adalah seperti IR Blaster, pengimbas cap jari bawah skrin, NFC, penarafan IP54, pembesar suara Dobly atmos dan menjalankan sistem operasi MIUI 14 berasaskan Android 13. Redmi Note 13 Pro 5G dijual pada harga RM1399 8GB + 25GB.

Redmi Note 13 5G

Redmi Note 13 5G hadir dengan skrin AMOLED bersaiz 6.67-inci dengan paparan 120Hz. Turut menyokong kecerahan puncak 1000 nits, PWM Dimming pada 1920Hz dan dilindungi dengan Gorilla Glass 5. Dikuasakan dengan cip Dimensity 6080 yang dipadankan dengan 8GB RAM LPDDR4X dan storan dalaman 256GB UFS 2.2.

Untuk fotografi, ia menyokong tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 108MP + 8MP ultra lebar + 2MP makro. Manakala untuk swafoto, ia hadir dengan sensor 16MP. Bateri 5000mAh dimuatkan yang turut menyokong pengecasan pantas 33W.

Spesifikasi lain yang turut dibawakan adalah seperti IR Blaster, pengimbas cap jari pada butang kuasa, NFC, Bluetooth 5.3, penarafan IP54 dan menjalankan sistem operasi MIUI 14 berasaskan Android 13. Redmi Note 13 5G dijual pada harga RM1099 8GB + 25GB.

Redmi Note 13

Peranti terakhir iaitu Redmi Note 13, hadir dengan skrin AMOLED bersaiz 6.67-inci dengan paparan 120Hz. Turut menyokong kecerahan puncak 1800 nits, PWM Dimming pada 960Hz dan dilindungi dengan Gorilla Glass 3. Dikuasakan dengan cip Snapdragon 685 yang dipadankan dengan 8GB RAM LPDDR4X dan storan dalaman 256GB UFS 2.2.

Menggunakan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 108MP + 8MP ultra lebar + 2MP makro. Manakala untuk swafoto, ia hadir dengan sensor 16MP. Bateri 5000mAh dimuatkan yang turut menyokong pengecasan pantas 33W.

Spesifikasi lain yang turut dibawakan adalah seperti IR Blaster, pengimbas cap jari pada butang kuasa, NFC, Bluetooth 5.3, penarafan IP54 dan menjalankan sistem operasi MIUI 14 berasaskan Android 13. Redmi Note 13 dijual pada harga bermula RM749 6GB + 128GB dan RM899 8GB + 25GB.

ARTIKEL BERKAITAN