WhatsApp kini memperkenalkan fungsi baharu untuk pengguna iPhone. Fungsi baharu ini membolehkan pengguna iPhone menghasilkan ‘sticker’ sendiri tanpa perlu meninggalkan aplikasi WhatsApp.
fun news! you can now turn your photos into stickers or edit existing stickers 🤩
— WhatsApp (@WhatsApp) January 11, 2024
in other news, you’ll likely have to show the entire group chat how you did it
rolling out now on iOS pic.twitter.com/Q21P85eSpg
Pengguna boleh memilih gambar dari galeri dan menjadikan gambar tersebut sebagai sticker seterusnya berkongsi secara terus dalam ruang sembang. Selain itu, fungsi ini turut membolehkan pengguna menyunting sticker dengan melukis, menambah teks atau menampal di atas sticker lain.

Untuk menggunakan fungsi ini, pergi ke bahagian perkongsian sticker kemudian pilih ‘Create sticker’. Seterusnya, pilih gambar yang ingin jadikan sticker dan kongsi secara terus melalui ruang sembang.
Fungsi ini dilihat memudahkan pengguna untuk menukar gambar kepada sticker dalam masa yang sama menawarkan pengalaman penggunaan yang lebih baik tanpa memerlukan aplikasi pihak ketiga.

Fungsi ini telahpun diperkenal secara berperingkat kepada semua pengguna WhatsApp untuk iPhone yang menjalankan iOS 17 dan ke atas. Selain iPhone, fungsi ini turut tersedia melalui WhatsApp Web.