Berita gembira buat pengguna Yoodo selepas tiada lagi caj tambahan untuk pas akses 5G akan dikenakan. Bermaksud, pas akses 5G kini tersedia secara percuma untuk semua pengguna.

Sebelum ini, Menteri Komunikasi telahpun mengumumkan yang tiada lagi caj tambahan akan dikenakan untuk akses 5G. Menurut beliau, caj tambahan untuk akses 5G sepatutnya tiada seperti mana naik taraf 3G ke 4G yang diberikan secara percuma tanpa sebarang bayaran tambahan.

Pada ketika ini, pengguna perlu membeli pas atau caj tambahan untuk menikmati akses 5G. Berikutan itu, kebanyakkan pengguna memilih untuk kekal menggunakan akses 4G berbanding 5G. Dengan ketiadaan caj tambahan penggunaan 5G dijangka akan meningkat pada masa akan datang.
Buat masa ini, hanya Yoodo sahaja tidak lagi mengenakan caj tambahan untuk 5G. Kami menjangkakan, lebih banyak penyedia rangkaian akan mula membuang caj tambahan untuk akses 5G dalam masa terdekat.