realme secara rasmi berkongsi tarikh pelancaran untuk peranti mereka yang seterusnya iaitu siri realme 12. dengan acara pelancaran dijadualkan berlangsung pada 29 Januari ini.
Siri realme 12 dijangka akan membawa peningkatan yang ketara dari segi kemampuan kamera. Yang mana, ia akan dilengkapi dengan kamera periskop 200MP dengan sensor Sony IMX890. Lebih menarik, siri realme 12 akan mendapat sentuhan rekaan dari jenama jam tangan mewah popular iaitu Rolex.
Malangnya, tiada sebarang maklumat mengenai spesifikasi siri realme 12 yang dikongsi oleh realme. Kami menjangkakan lebih banyak maklumat akan didedahkan oleh realme dalam masa terdekat.
Peranti ini dijangka akan turut tersedia untuk pasaran tempatan selepas dikesan melepasi pengesahan SIRIM Malaysia pada Disember lalu.