Close

Capaian 5G di Malaysia kini melepasi 80% kawasan berpenduduk

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil menyatakan yang rangkaian 5G di Malaysia kini telah melepasi 80% di kawasan berpenduduk setakat 31 Disember 2023.

Melalui data yang dikongsi, capaian 5G di kawasan berpenduduk di Malaysia kini mencapai 80.2%. Sekaligus, mencapai sasaran yang diletakkan oleh kerajaan sebelum ini iaitu 80%.

Dengan capaian perkhidmatan 5G yang semakin meluas dan tiada lagi caj tambahan untuk 5G ia dijangka akan membawa peningkatan penggunaan 5G tidak lama lagi. Peningkatan ini juga menyaksikan kerajaan dilihat berada dilandasan yang terbaik untuk memacu negara ke arah digital yang lebih baik.

Seiring dengan kejayaan ini, kerajaan dijangka akan mengumumkan rangkaian 5G yang kedua dalam masa terdekat. Sebelum ini, kerajaan telahpun mengumumkan rancangan perlaksanaan rangkaian 5G kedua sekiranya capaian 5G di kawasan berpenduduk mencapai 80%.

ARTIKEL BERKAITAN