Apple dijangka akan menawarkan peranti pintar HomePod Mini ke pasaran Malaysia selepas peranti tersebut dikesan melepasi pengesahan SIRIM Malaysia.
HomePod Mini telah dikesan melepasi SIRIM Malaysia pada 11 Januari 2024. Didaftarkan di bawah APPLE MALAYSIA SDN BHD dan ANSARCOMP (M) SDN BHD.
Apple telah memperkenalkan HomePod Mini pada November 2020. Dijana dengan cip S5 yang menyokong Wi-Fi dan Bluetooth. Peranti ini turut hadir dengan fungsi pengesanan suhu dan juga kelembapan. Di Amerika Syarikat, HomePod Mini dijual pada harga sekitar $99 (MR460).
Pengesahan ini memberikan bayangan yang peranti tersebut akan ditawarkan semasa pembukaan Apple Store pertama di Malaysia yang dijangka sekitar Februari ini.