Selepas menjadi peranti pertama yang menggunakan Gorilla Glass Victus 2 pada siri Galaxy S23. Terkini, Samsung sekali lagi menjadi pengeluar pertama menggunakan Gorilla Glass Armor pada siri Galaxy S24.
Gorilla Glass Armor dikatakan menawarkan ketahanan yang lebih lasak dalam masa yang sama turut menawarkan pengalaman visual lebih baik. Berdasarkan dari ujian yang telah dilakukan, Glass Armor mempunyai ketahanan 4x lebih tahan calar berbanding generasi sebelumnya.
Selain itu, Glass Armor turut menawarkan kandungan visual yang lebih terang dan jelas serta mengurangkan kesan silau sehingga 75%.Untuk ketahanan dan kemampuan hentakan pada permukaan konkrit ia 3x kali lebih baik berbanding pesaing. Dari segi binaan, ia menggunakan 25% bahan binaan kitar semula dan menggunakan kaca aluminosilicate. Gorilla Glass Armor merupakan kaca buatan paling lasak yang ada di pasaran ketika ini.