Pasaran tempatan dijangka akan menerima satu lagi EV baru melalui jenama Ora. EV baru ini akan ditawarkan melalui Great Wall Motor (GWM).
Melalui perkongsian GWM di Facebook rasmi mereka, mendedahkan yang mereka bersedia untuk menawarkan EV baru di bawah jenama Ora melalui model 07. Ora 07 telahpun dilancarkan di Thailand dan ditawarkan dalam 2 pilihan varian iaitu Long range dan Perfomance.
Untuk varian Long range ia menawarkan kelajuan maksimum 170 km/j dengan jarak gerak sejauh 640 km. Manakala varian Perfomance, ia menawarkan kelajuan maksimum 180 km/j dengan jarak gerak 550 km. Kedua-dua varian menggunakan bateri litium ternary dengan kapasiti 83.5 kWh.
Namun begitu, GWM tidak mendedahkan sebarang maklumat terperinci mengenai penawaran EV ini di Malaysia buat masa ini.
Di Thailand, Ora 07 dijual pada harga sekitar THB1,299,000 (RM174k) untuk Long Range dan THB1,499,000 (RM202k) untuk Perfomance. Ora 07 adalah sebuah EV jenis sedan dan bakal menjadi pesaing kepada Tesla Model 3 dan BYD Seal.