Samsung telahpun melancarkan peranti andalan mereka yang seterusnya iaitu siri Samsung Galaxy S24. Hadir dengan tiga pilihan varian iaitu Samsung Galaxy S24, Galaxy S24+ dan Galaxy S24 Ultra.
Namun tahukah anda, terdapat beberapa perkara menarik mengenai siri Galaxy S24. Berikutan dari itu, kami ingin berkongsi 4 perkara menarik mengenai siri Samsung Galaxy S24.
Binaan dari Titanium
Dalam usaha untuk menawarkan pengalaman yang lebih premium pada peranti andalan mereka. Samsung telah menggunakan binaan yang lebih baik iaitu Titanium. Binaan ini menjanjikan ketahanan yang lebih lasak dalam masa yang sama menjadikan ia lebih ringan.
Titanium lebih popular digunakan dalam bidang aeroangkasa, petrokimia dan industri perubatan. Namun begitu, binaan Titanium hanya tersedia untuk Galaxy S24 Ultra sahaja manakala Galaxy S24 dan S24+ menggunakan binaan Armor aluminium.
Skrin Gorilla Glass Armor
Samsung sekali lagi menjadi pengeluar pertama menggunakan Gorilla Glass Armor pada siri Galaxy S24. Menawarkan ketahanan yang lebih lasak dalam masa yang sama turut menawarkan pengalaman visual lebih baik. Berdasarkan dari ujian yang telah dilakukan, Glass Armor mempunyai ketahanan 4x lebih tahan calar.
Glass Armor turut menawarkan kandungan visual yang lebih terang dan jelas serta mengurangkan kesan silau sehingga 75%.Untuk ketahanan dan kemampuan hentakan pada permukaan konkrit ia 3x kali lebih baik berbanding pesaing. Dari segi binaan, ia menggunakan 25% bahan binaan kitar semula dan menggunakan kaca aluminosilicate.
Kecerdasan buatan Galaxy AI
Tidak dinafikan yang siri Galaxy S24 dilihat lebih memfokuskan kepada kercedasan buatan melalui Galaxy AI. Yang mana, ia menawarkan pelbagai fungsi menarik yang membantu meningkatkan tahap kreativiti dan produktiviti dalam kehidupan seharian.
Antara fungsi menarik yang ditawarkan oleh Galaxy AI adalah seperti Call, Note assist, Chat assis, circle to search, live translate, AI Photo editing dan macam-macam lagi.
Kemas kini lebih panjang
Bermula siri Galaxy S24, Samsung menjanjikan kemas kini yang lebih panjang iaitu sehingga 7 tahun. Kemas kini ini merangkumi kemas kini Android dan juga keselamatan.
Samsung menjadi pengeluar kedua yang menawarkan kemas kini sehingga 7 tahun selepas Google yang turut menawarkan kemas kini yang sama untuk siri Pixel 8.
Dengan menawarkan kemas kini yang lebih panjang, Samsung dijangka akan menjadi pilihan bagi pengguna yang mementingkan kepada kemas kini.