Google dijangka akan melakukan perubahan ketara pada cip Tensor generasi seterusnya. Cip seterusnya tidak lagi dihasilkan oleh Samsung sebaliknya akan dihasilkan oleh TSMC secara sepenuhnya.
Menurut laporan, Google telah mula menghantar cip Tensor yang dibangunkan sendiri sepenuhnya kepada KYEC yang berpangkalan di Taiwan. KYEC merupakan organisasi yang menyediakan perkhidmatan untuk menguji cip yang akan dihasilkan di negara tersebut.
Berikutan itu, Google dijangka akan memulakan ujian cip pada pertengahan tahun ini sekaligus memberikan bayangan yang Google bersedia untuk menghasilkan cip berskala besar yang akan diterajui oleh TSMC.
Cip Google Tensor G5 dijangka akan menjadi cip pertama yang akan dihasilkan oleh TSMC sepenuhnya dan digunakan pada siri Pixel 10 yang akan diperkenalkan pada 2025.