OnePlus Watch telah diperkenalkan pada 2021. Selepas 3 tahun, OnePlus dijangka akan memperkenalkan jam tangan pintar seterusnya iaitu OnePlus Watch 2.
Menurut laporan, OnePlus dijangka akan memperkenalkan OnePlus Watch 2 pada acara MWC 2024 di Barcelona. OnePlus Watch 2 akan menjalankan sistem operasi Wear OS namun tidak dapat dipastikan versi yang akan digunakan. Sebelum ini, OnePlus Watch menjalankan sistem operasi sendiri iaitu proprietary OS.
OnePlus Watch 2 mungkin hadir dengan skrin AMOLED bersaiz 1.45-inci dan akan menggunakan cip Snpadragon W5 Gen 1. Cip ini turut digunakan pada beberapa jam tangan pintar lain seperti Pixel Watch 2 dan OPPO Watch 4 Pro.
Buat masa ini, tiada maklumat lanjut yang dikongsi mengenai OnePlus Watch 2. Kami menjangkakan lebih banyak maklumat yang akan didedahkan dari masa ke semasa.