Close

Ini sebab Samsung Galaxy AI percuma sehingga penghujung tahun 2025 – Selepas itu perlu dibayar

Umum sedia maklum bahawa antara ciri yang menarik Samsung perkenalkan pada siri Galaxy S24 adalah Galaxy AI yang dikatakan hanya akan dapat akses secara percuma sehingga penghujung tahun 2025 sahaja.

Bermakna, pengguna harus membayar ciri Galaxy AI untuk gunakan pada peranti mereka.

Kami sempat menemu bual pihak Samsung sendiri iaitu YJ Kim, Ketua Pasukan AI yang bertanggungjawab untuk membangunkan Galaxy AI pada peranti mereka. Terdapat beberapa sebab kenapa Galaxy AI perlu dibayar kelak.

Menurut YJ Kim, pembangunan AI pada peranti mereka masih agak baru dan terdapat lebih banyak lagi ciri Galaxy AI yang mereka ingin perkenalkan dan tambah baik. Bahkan, kos dan servis untuk menyelanggara juga antara sebab kenapa ciri Galaxy AI percuma sehingga penghujung tahun 2025 sahaja.

Namun pihak Samsung masih tidak boleh memberikan sebarang gambaran terhadap berapa harga pembayaran selepas ia diberikan percuma selama 2 tahun atau apakah lagi ciri baru yang pengguna akan dapat pada Galaxy AI kelak.

Memandangkan Galaxy AI mempunyai ciri untuk menterjemah bahasa secara masa-nyata pada panggilan dan permesejan dengan beberapa bahasa yang terpilih, tapi tiada Bahasa Melayu. Kami juga bertanya tentang perkara ini.

Menurut mereka, penterjemahan dalam Bahasa Melayu mungkin akan diperkenalkan dalam masa terdekat. Namun tiada tarikh yang khusus disebut oleh Samsung. Apa pun, kita nantikan saja apakah lagi ciri baru yang Samsung akan perkenalkan pada Galaxy AI.

ARTIKEL BERKAITAN