Kerajaan hari ini memperkenalkan Pelan P-Hailing RAHMAH untuk semua pekerja p-hailing di Malaysia. Pelan khas ini ditawarkan pada harga serendah RM33 dengan data sekurang-kurangnya 40GB.
Pelan khas ini akan ditawarkan oleh beberapa syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi antaranya CelcomDigi, Maxis, U Mobile, TM (Unifi Mobile) dan Yes 5G.
Pelan P-Hailing RAHMAH melibatkan 16 penyedia platform p-hailing di Malaysia antaranya FoodPanda, Shopee, Grab, BungkusIt, Parcel365, Halo Delivery, LalaMove, Lazada Logistics, iHantar, MatDespatch, iGoGet, RideRunner, FaszFood, GoGet, Go Log dan BeliBeli.
Insentif Pakej RAHMAH ini merupakan penghargaan kepada petugas industri p-hailing dalam usaha menyokong ekonomi digital. Pelan ini dijangka akan dimanfaatkan lebih dari 200,000 pekerja p-hailing dan boleh didapati bermula hari ini.