Model paling premium dari Xiaomi iaitu 14 Ultra dijangka akan hadir dengan sensor kamera baru yang lebih baik dari model sebelumnya.
Menurut laporan, Xiaomi 14 Ultra akan menggunakan lensa SUMMILUX berbanding SUMMICRON yang digunakan pada model sebelum ini. Kamera utama akan menggunakan sensor 50MP Sony LYT-900 baru dengan aperture boleh ubah dari f/1.63 hingga f/2.5. Kemampuan kamera telefoto periskop 120mm juga turut dipertingkatkan dengan aperture lebih besar iaitu f/2.5.
Seperti model sebelumnya, Xiaomi 14 Ultra akan kekal menggunakan penjenamaan dari Leica. Walaupun menggunakan sensor kamera baru, Xiaomi mungkin kekal menggunakan rekaan modul kamera belakang yang sama seperti Xiaomi 13 Ultra.
Xiaomi dijangka akan memperkenalkan 14 Ultra dan Mix Flip pada Mac ini di China.