Ibarat telur di hujung tanduk, itu mungkin perumpaan yang sesuai selepas Netflix merancang untuk menamatkan pelan asas tanpa iklan tidak lama lagi.
Menurut laporan, Netflix merancang untuk menamatkan pelan asas termurah tanpa iklan secara berperingkat dan menggantikan pelan asas dengan iklan. Pada ketika ini, pelan asas tanpa iklan masih ditawarkan pada pengguna sedia ada manakala pengguna baru hanya boleh melanggan pelan asas dengan iklan.
Pelan asas tanpa iklan akan ditamatkan secara berperingkat di beberapa pasaran tertentu bermula dengan Kanada dan Amerika Syarikat. Selain akan menamatkan pelan asas tanpa iklan, Netflix juga dikatakan merancang untuk menaikkan harga langganan sekali lagi.
Sebelum ini, Netflix telahpun menaikkan harga langganan mereka di beberapa negara seperti di United Kingdom (UK), Perancis dan Amerika Syarikat (AS).
Di Malaysia, harga langganan pelan Basic dan Premium masih lagi kekal. Walaubagaimanapun, tidak dapat dipastikan adakah harga langganan tersebut akan terus kekal atau sebaliknya.