Close

Porsche Macan EV 2024 diperkenalkan – Dua pilihan model dengan jarak gerak 613 km

Porsche secara rasmi memperkenalan Macan EV 2024 yang ditawarkan dalam dua pilihan model iaitu Macan 4 Electric dan Macan Turbo Electric. Merupakan EV kedua yang diperkenalkan oleh Porsche selepas Taycan.

Macan EV 2024 ini menggunakan platform EV baru yang dipanggil sebagai Premium Platform Electric (PPE) dan dilengkapi dengan dwi-motor. Untuk Macan 4 Electric ia mampu menghasilkan 408 PS (300 kW) dan 650 Nm. Boleh memecut dari 0 ke 100 km/j hanya dalam 5.2 saat. Kelajuan maksimum 220 km/j dan mampu bergerak sejauh 613 km.

Manakala untuk Macan Turbo Electric, ia mampu menghasilkan 639 PS (470 kW) dan 1130 Nm. Boleh memecut 0 ke 100 km/j hanya dalam 3.3 saat. Kelajuan maksimum 260 km/j dan mampu bergerak sejauh 591 km.

Macan EV 2024 turut berkongsi kapasiti bateri yang sama iaitu 100kWh yang menggunakan teknlogi bateri Lithium Nickel-Manganese-Cobalt (NMC). Menyokong pengecasan pantas jenis DC sehingga 270kW yang mampu mengecas dari 10% ke 80% hanya dalam masa 21 minit sahaja. Selain itu, ia turut menyokong pengecasan jenis AC pada 11kW.

Harga jualan untuk pasaran tempatan belum lagi dikongsi buat masa ini. Namun begitu, kita mungkin boleh menjangkakan harga jualan sekitar RM400,000 hingga RM900,000.

ARTIKEL BERKAITAN