Infinix Malaysia secara rasmi memperkenalkan peranti kelas permulaan baru untuk pasaran tempatan melalui model SMART 8 Pro. Tampil dengan spesifikasi menarik dan fungsi seperti ‘Dynamic Island’ yang dipanggil sebagai Magic Ring.
SMART 8 Pro hadir dengan skrin LCD bersaiz 6.6-inci dengan resolusi HD+. Turut menyokong paparan 90Hz dan kecerahan puncak 500 nits. Dijana dengan cip MediaTek Helio G36 yang dipadankan dengan 8GB RAM dan storan dalaman 128GB.
Menggunakan tetapa dwi-kamera belakang dengan sensor utama 50MP dan swafoto 8MP. Bateri 5000mAh dimuatkan yang menyokong pengecasan 10W. Peranti ini turut hadir dengan fungsi Magic Ring yang akan memaparkan pelbagai informasi seperti bateri, notifikasi dan sebagainya.
Di Malaysia, Infinix SMART 8 Pro dijual pada harga RM399 untuk 8GB + 128GB. Ditawarkan dalam 4 pilihan warna iaitu Shiny Gold, Galaxy White, Timber Black dan Rainbow Blue. Bagi yang berminat, peranti ini boleh dibeli bermula hari ini di semua pengedar rasmi Infinix Malaysia.