Universal Music Group (UMG) mungkin akan menamatkan perjanjian dengan TikTok sekiranya perlesenan baru tidak dimuktamadkan pada hari ini iaitu 31 Januari 2024.
Pada ketika ini, perjanjian perlesenan antara UMG dan TikTok tidak menemui penghujungnya selepas TikTok dikatakan tidak bersetuju untuk membayar nilai yang sama seperti mana yang dibayar oleh platform lain.
UMG turut menyatakan yang TikTok dengan sengaja menekan mereka untuk membayar nilai yang lebih rendah dan menggunakan alasan berkaitan AI sebagai penghalang dalam perjanjian baru.
Berikutan itu, TikTok telah mengeluarkan kenyataan balas mengenai masalah tersebut dengan menyatakan yang UMG meletakkan kepentingan mereka lebih daripada kepentingan artis, penulis lagu dan peminat mereka.
UMG adalah pemegang label artis dan muzik seperti Taylor Swift, Bad Bunny, Sting, The Weeknd, Alicia Keys, SZA, Steve Lacy, Drake, Billie Eilish, Kendrick Lamar, Rosalía, Harry Styles, Ariana Grande, Justin Bieber, Adele, U2, Elton John, J Balvin, Brandi Carlile, Coldplay, Pearl Jam dan banyak lagi.