Samsung sebelum ini telahpun berkongsi senarai penuh peranti yang akan menerima Galaxy AI iaitu siri Galaxy S23, Galaxy Z Fold5, Galaxy Z Flip5 dan siri Galaxy Tab S9.
Pada ketika itu, Samsung tidak mendedahkan secara terperinci mengenai fungsi Galaxy AI yang akan diterima oleh peranti tersebut. Terbaru, Samsung Malaysia melalui laman rasmi mereka mendedahkan fungsi Galaxy AI yang akan diterima pada model sebelumnya.
Melalui perkongsian tersebut, terdapat 4 fungsi Galaxy AI yang akan diterima iaitu Circle to Search, Live translate, Note assist dan Photo assist. Fungsi Circle to Search membolehkan pengguna melakukan carian pada paparan skrin tanpa bertukar aplikasi. Live translate membolehkan panggilan telefon dialih bahasa dalam masa nyata. Note assist meringkaskan nota dalam aplikasi Samsung notes dan Photo assist membolehkan pengguna melakukan suntingan imej menggunakan AI.
Fungsi Galaxy AI ini akan diterima melalui kemas kini akan datang yang akan dilepaskan pada separuh pertama tahun 2024. Selain itu, fungsi ini hanya percuma sehingga penghujung 2025 sahaja. Selepas itu, bayaran akan dikenakan sekiranya mahu menggunakan fungsi ini.