Close

Huawei Pocket 2 diperkenalkan – Kuad-kamera 50MP, bateri 4520mAh dan komunikasi satelit

Huawei secara rasmi memperkenalkan telefon boleh-lipat clamshell baru mereka iaitu Pocket 2. Tampil dengan rekaan yang hampir sama seperti Huawei Pocket S namun dimuatkan dengan teknologi engsel yang lebih baik dan spesifikasi yang lebih menarik.

Huawei Pocket 2 hadir dengan skrin utama LTPO OLED bersaiz 6.94-inci dengan paparan 120Hz. Manakala untuk skrin luar, ia hadir dengan skrin OLED berbentuk bulat bersaiz 1.15-inci dengan resolusi HD+. Dikuasakan dengan cip Kirin 9000S yang dipadankan dengan 12GB RAM dan storan dalaman sehingga 1TB.

Menggunakan tetapan kuad-kamera belakang dengan sensor utama 50MP + 12MP ultra lebar + 8MP telefoto + 2MP hyperspectral dan swafoto 10MP. Menurut Huawei, kamera 2MP hypersprectral ini boleh mengukur penyerapan cahaya UV dan mampu memberikan hasil imej yang lebih terperinci. Dimuatkan dengan bateri 4520mAh yang turut menyokong pengecasan 66W berwayar dan 40W tanpa wayar.

Spesifikasi lain yang turut dibawakan adalah seperti penarafan IPX8, komunikasi satelit, NFC, Huawei Histen dan menjalankan sistem operasi HarmonyOS 4.0.

Di China, Huawei Pocket 2 ini dijual pada harga bermula sekitar CNY7499 (RM4980). Ditawarkan dalam 4 pilihan warna iaitu Tahitian Gray, Rococo White, Purple, Black dan Dream Blue.

ARTIKEL BERKAITAN