Close

Xiaomi 14 Ultra diperkenalkan – Guna cip Snapdragon 8 Gen 3, kuad-kamera 50MP Leica dan bateri 5300mAh

Xiaomi secara rasmi memperkenalkan model paling premium mereka iaitu 14 Ultra. Model ini diperkenalkan lebih awal di China sebelum dilancarkan secara global pada 25 Februari ini di MWC. Tampil dengan beberapa peningkatan dari segi spesifikasi, binaan dan kemampuan kamera yang lebih baik.

Untuk spesifikasi, 14 Ultra hadir dengan skrin LTPO AMOLED bersaiz 6.73-inci dengan resolusi 2K. Turut menyokong paparan adaptif 120Hz, Dolby Vision, HDR10+ dan juga kecerahan puncak 3000 nits. Skrin ini turut dilindungi dengan Shield Glass yang dikatakan 10 kali lebih lasak dan lebih terang. Dijana dengan cip Snapdragon 8 Gen 3 yang dipadankan dengan 16GB RAM dan storan dalaman sehingga 1TB.

Untuk fotografi, ia dilengkapi dengan tetapan kuad-kamera belakang dengan sensor utama 50MP 1-inci Sony LYT-900 OIS dengan aperture boleh ubah ƒ/1.63-ƒ/4.0 + 50MP Sony IMX858 periskop telefoto dengan 5x zum periskop + 50MP ultra lebar + 50MP telefoto dengan 3.2x zum optik dan swafoto 32MP. Keupayaan kamera ini turut dijana dengan kecerdasan buatan Xiaomi iaitu AISP dan kekal menggunakan penjenamaan Leica Summilux. Xiaomi turut mendakwa yang kelajuan shutter peranti ini lebih baik berbanding iPhone 15 Pro Max.

Dari segi rakaman video, ia menyokong rakaman video 4K 120fps pada kamera utama dan 8K 30fps pada kamera lain. Dimuatkan dengan bateri 5300mAh yang menyokong pengecasan pantas 90W berwayar dan 80 tanpa wayar.

Spesifikasi lain yang turut dibawakan adalah seperti sokongan komunikasi satelit, penarafan IP68, WiFi 7, Bluetooth 5.4 dan menjalankan HyperOS berasaskan Android 14. Xiaomi 14 Ultra ditawarkan dalam 3 pilihan warna iaitu Black, White dan Blue. Selain itu, ia turut tersedia dalam edisi istimewa yang menggunakan binaan Titanium.

Di China, Xiaomi 14 Ultra dijual pada harga bermula sekitar CNY6499 (RM4316) untuk varian biasa dan CNY8799 (RM5849) untuk varian edisi istimewa Titanium.

ARTIKEL BERKAITAN