WhatsApp secara rasmi memperkenalkan 4 format baru untuk teks permesejan. Format baru ini adalah tambahan kepada format sedia ada seperti bold, italic, strikethrough dan monospace.
4 format baru yang diperkenalkan adalah bulleted list, numbered list, block quote dan inline code.
Cara untuk guna format teks baru :
- Bulleted list – Tambah ” – ” dalam mesej. Contoh “- Mesej”.
- Numbered list – Tambah ” titik (. ) dan jarak pada digit. Contoh 7.
- Block quote – Tambah ” > ” dalam mesej. Contoh ” > Mesej “
- Inline code – Tambah ” ` ” sebelum dan selepas perkataan yang diinginkan. Contoh ` Mesej `.
Untuk mula menggunakan fungsi ini, pastikan anda telah mengemas kini aplikasi kepada yang terkini. Fungsi telahpun tersedia untuk semua pengguna merangkumi Android, iOS, WhatsApp web, desktop dan juga Mac.