Aplikasi permesejan popular iaitu WhatsApp mengumumkan aplikasi mereka akan menyokong pengiklanan.

Sokongan pengiklanan tersebut akan diletakkan pada tab kemas kini atau Updates di bahagian perkongsian status dan saluran. Untuk bahagian status, iklan akan dipaparkan secara berselang antara status seperti mana pada Instagram Stories.
Dari segi kawalan privasi, ia masih menjadi keutamaan bagi WhatsApp. Iklan yang dipaparkan hanya berasaskan kepada lokasi atau saluran yang diikuti dan tiada penyasaran iklan. Selain itu, data mesej peribadi tidak akan digunakan untuk tujuan pengiklanan.
WhatsApp menyatakan, sokongan iklan ini tidak akan menganggu pengalaman penggunaan jika hanya digunakan untuk tujuan sembang. Namun begitu, terdapat kebimbangan ini mungkin hanya permulaan kemudian lebih banyak iklan akan diletakkan.
Sokong pengiklanan ini dijangka akan tiba secara berperingkat kepada pengguna. Ketika ini, WhatsApp mempunyai lebih dari 1.5 billion pengguna aktif di seluruh dunia.